My Photo
أحمد نابيهان
Pasir Gudang, Johor, Malaysia
.:: السلام عليکم ي اخي ي اخثي.. سلام زيارە انا اوچڤکن دان سلام اخوه فيلله ابدن اباد بوات صحابة سموا ::.
View my complete profile



Thursday, September 29, 2011

Perigi Cari Timba ♥

0 comments

29 / 9 / 2011
Ada yang berkata, "Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, 'macam perigi mencari timba', 'wanita tidak bermaruah' dan macam-macam lagi." Sabar dahulu saudari.

Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.

Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah.

Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.?

Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang. wallahu'alam.
-petikan dari iluvislam

Sunday, September 25, 2011

12 azab bagi mereka yang meninggal kan sembahyang☻

0 comments
25 / 9 / 2011








12 AZAB BAGI MEREKA YANG MENINGGALKAN SEMBAHYANG. 

3 darinya akan dirasai semasa didunia, antaranya.
-Allah s.w.t menghilangkan berkat dari usahanya begitu juga rezekinya.
-Allah s.w.t mencabut nur orang2 mukmin darinya.
-dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

3 macam bahaya ketika ia hendak mati, antaranya.
-ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah minum seluruh air laut.
-dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
-dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

3 macam bahaya yang akan dihadapi ketika berada di dalam kubur,antaranya.
-dia akan berasa susah terhadap pertanyaan melaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
-kuburnya akan menjadi cukup gelap.
-kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang2 rusuknya berkumpul
(seperti jari bertemu jari)

3 lagi azab nanti dihari qiamat, antaranye.
-hisab keatasnya menjadi sangat berat.
-Allah s.w.t sangat murka kepadanya.
-Allah s.w.t akan menyiksanya dengan api neraka.


Saturday, September 17, 2011

Kisah 3 Orang Lelaki Yang Diadili ☺

0 comments

17 / 9 / 2011
Dalam sebuah hadis dari ABU HURAIRAH yang diriwayatkan oleh Muslim ada menceritakan keadaan tiga orang lelaki mengenai amalannya yang diadili pada hari pembalasan kelak di hadapan ALLAH SWT.

  • Seorang Lelaki yang Mati Syahid

    Dia telah dibawa ke muka pengadilan untuk diadili segala amalannya. Kemudian telah diperlihatkan kepadanya segala kenikmatan sebagai ganjaran di atas amalannya. Dan sebelum itu, dia telah ditanya oleh ALLAh SWT tentang amalannya semasa di dunia dahulu.
“Apakah yang telah engkau lakukan semasa hayatmu di dunia?”
Lelaki itu menjawab, 
“Aku telah berperang demi Engkau ya ALLAh sehingga aku terbunuh.”
Lantas ALLAh berkata kepadanya,  
“Bohong! Engkau pergi berperang bukan kerana Aku tetapi supaya engkau disebut-sebut sebagai seorang pahlawan. Kini gelaran itu telah engkau perolehi.”

Kemudian ALLAh memerintahkan supaya dia diseret ke dalam neraka.



  • Seorang Lelaki Alim, Penuntut Ilmu dan Sentiasa Berdamping Dengan Al-Quran

    Sepertimana lelaki pertama tadi, dia dibawa ke muka pengadilan untuk diadili segala amal perbuatannya semasa di dunia. Lalu ALLAh menampakkan nikmat ganjaran yang diperolehi atas segala amalannya. Tetapi sebelum itu, ALLAh menyoal dia tentang amalan yang dilakukannya,
“Apa yang telah kau lakukan semasa hayatmu di dunia?”
Lelaki itu menjawab, 
“Aku mempelajari berbagai-bagi ilmu dan mengajarkannya semula kepada orang lian serta aku sering membaca al-Quran kerana Engkau ya ALLAh..”
Lantas ALLAh berkata,  
“Dusta! Engkau belajar dan mengajar bukan kerana Aku, engkau membaca al-Quran pun bukan kerana Aku. Akan tetapi engkau belajar dan mengajar supaya dikatakan orang engkau seorang yang pintar. Kini sebutan itu telah engkau perolehi. Engkau rajin membaca al-Quran pun bukan kerana Aku, akan tetapi supaya dikata orang Engkau seorang Qari. Dan gelaran itu pun juga telah engkau perolehi."

Lalu, ALLAh SWT memerintahkan lelaki tersebut agar ditempatkan di dalam neraka.



  • Seorang Lelaki Yang Dermawan

Seperti kedua-dua lelaki tadi. selepas diperlihatkan segala kenikmatan kepadanya maka ALLAH SWT bertanya akan amalannya semasa di dunia meskipun ALLAH Maha Mengetahui.

“Wahai Fulan! Apakah yang telah engkau lakukan semasa hayatmu di dunia?”
Lelaki itu menjawab,
“Aku telah membelanjakan segala harta kurnia-Mu kepadaku ke jalan yang Engkau sukai.”
Maka ALLAh berkata kepadanya,
“Dusta! Engkau membelanjakan hartamu supaya engkau dikatakan orang, engkau seorang yang dermawan. Kini engkau memperolehi gelaran tersebut!”

Lalu lelaki tersebut telah ALLAh SWT suruh seret ke dalam neraka.


-TAMAT- 

Ketiga-tiga lelaki yang diceritakan di atas adalah seorang yang baik dipandangan manusia. Dan telah melakukan kerja yang mulia. Namun mengapa ALLAH SWT masih melemparkan mereka ke dalam neraka? renungkan..

Friday, September 16, 2011

Adakah Dia Masih Isteriku di Akhirat Kelak?

0 comments
16 / 9 / 2011

Assalammualaikum wbt..

Buat pengetahuan sahabat semua, di bawah ini adalah sedikit penerangan yang akan menjelaskan persoalan tajuk di atas:

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda: ”Tiada si bujang di dalam syurga”
~ (HR Muslim).

Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita meninggal dunia setelah diceraikan & tak b’kahwin sesudahnya. 
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga. 
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin. 
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya. 
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.


Rasulullah SAW bersabda:
“.Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.”


Tuesday, September 13, 2011

KU DAMBA INSAN YANG SEPADAN ♥

2 comments
13 / 9 / 2011

Selalu aku berdoa kepada yang Maha Esa

moga dikurniakn seorang insan dijiwa
tempat untuk ku curahkan segala rasa
perasaan yang tersimpan seribu satu makna


dikala aku keseorangan
dia penghibur dan jua peneman
hati yang satu tidak kesepian
duka dan lara tiada keresahan

Ya Allah…

TIDAK KU PINTA YANG MENAWAN
TIDAK KU HARAP YANG HARTAWAN
BUKAN JUA KERNA KEDUDUKAN
CUMA
KU DAMBA INSAN YANG SEPADAN



Kasihnya sejati bukan keterpaksaan
biarpun derita yang menjadi rintangan
ketulusannya yang tiada bandingan
tercipta ayu indahnya peribadi insan…
 

~~ֆǟʏǟռɢiiʟǟɦi~~ © 2011 All Rights Reserved ǟʟ ɦubbuʟ iʟǟɦi Designed by أحمد نابيهان