My Photo
أحمد نابيهان
Pasir Gudang, Johor, Malaysia
.:: السلام عليکم ي اخي ي اخثي.. سلام زيارە انا اوچڤکن دان سلام اخوه فيلله ابدن اباد بوات صحابة سموا ::.
View my complete profile



Tuesday, May 29, 2012

AWAK NAK DENGAR CERITA SAYA TAK ? : )

0 comments
25 / 5 / 2012
Awak...
Dulu saya ada sebuah botol kaca yang dalam dia ada sebuah kapal.
Cantik sangat tau awak botol tu.
Saya jaga dan selalu simpan baik-baik.

Suatu hari tu kan awak,
Saya merenung jauh kedalam kapal yang ada di dalam botol itu sambil berbaring di atas katil.

Terperasan saya ada 
patung orang mainan sepasang kekasih lelaki dan perempuan.

Saya tersenyum,
Sebab saya teringat akan cerita TITANIC. hehe...
Semasa saya sedang membelet-belet botol kaca tu.
Dalam keadaan tidak sengaja botol kaca tu terjatuh ke lantai.
Awak nak tau,
Pecah berkepingan botol kaca kesayangan saya tu.
Saya sedih sangat masa tu.
Tapi awak, apa yang buat saya masih tersenyum sebab kapal tu baik-baik saje.
Tahu tak awak ?
Betapa kuatnya kapal tu.
Kalau kapal tu kapal betul,
Pasti die same besar dengan kapal
TITANIC tu. haha...
erm..
Tapi awak, saya sedih.
Semasa terjatuh tu, walaupun kapal itu kelihatan baik-baik sahaja, tapi patong dalam tu telah hilang.
Saya tercari-cari patung orang mainan sepasang kekasih tu.
Malangnya saya hanya jumpa seorang sahaja antara mereka.
Mereka sudah terpisah.
Saya jumpa yang lelaki saja.
Saya usaha mencari dan terus mencari.
Tapi sayang sekali, usaha saya sia-sia.

Saya taknak buang masa saya.
Dalam masa yang sama saya kumpulkan semule kepingan-kepingan yang berada dilantai.
Saya usaha baiki semula.
Saya gembira.
Saya dapat baiki semula jadi yang asal walaupun patong mainan sepasang kekasih tu tinggal lelaki sahaja.
Kemana hilangnya patung orang mainan perempuan tu pun saya tidak tahu lagi.
Awak...
Walaupun saya sudah berjaya baikinya semula.
Botol kaca tu sudah tidak seindah yang asalnya.
Kelihatan akan bekas-bekas sambungannya semula.
Bekas gam-gamnya juga kelihatan.
Walau bagaimanapun keadaa botol kaca itu,
saya masih simpan sebagai satu yang terhebat pernah saya miliki.
Tinggallah patung orang mainan seorg lelaki saja dalam kapal tersebut.
Pasti dia juga sedih sebab kehilangan kekasihnya tanpa sepatah kata.

Awak...

Dulu awak dan saya ade lah yang terindah.
Saya dan awak berkongsi cerita. suka dan duka.
Kita bersama selalu. hari-hari kita pasti ada senyuman.
Awak,,.
Allah anugerahkan saya sekeping hati.
Hati itu pernah saya berikan untuk awk.
Tapi awak tolak saya.
Masa tu hati saya hancur.
Saya tak tau apa perlu saya buat lagi.
Saya usaha kembalikan hati sye pada asal.
Awak,,.
Sekarang saya dah berjaya tenangkan hati dan perasaan saya.
Hati saya sudah dibaiki semula.
Walaupun hati sye sekarang x seindah pada mule2 sye beri pada awk.
Walaupun berjaya dibaiki, ianya tetap tidak akan seindah seperti dahulu kan awk.?
Saya baiki hati saya sendiri tanpa ada awak disisi yang pada asalnya hanya awak dan saya dalam hati ini.
Awak lihat keadaan saya sekarang, bahagia kn ?

Awak...
Walaupun luaran nampak indah.
Tapi hati saya tetap kecewa dengan awak.
Maafkan saya awak.
Tidak sepatutnya saya beri hati ini pada insan yang tak sudi.
Kerana hati ini, buat saya dengan awak berpisah.
Saya bersyukur walau dapat bersama awak walau sekejap.

Awak...
Hati saya cuma ada satu.
Saya yakin...
Dengan satu hati ini saya dapat berikan yang terbaik buat seseorang yang seperti awk nanti.


Terima kasih ..
 

~~ֆǟʏǟռɢiiʟǟɦi~~ © 2011 All Rights Reserved ǟʟ ɦubbuʟ iʟǟɦi Designed by أحمد نابيهان