My Photo
أحمد نابيهان
Pasir Gudang, Johor, Malaysia
.:: السلام عليکم ي اخي ي اخثي.. سلام زيارە انا اوچڤکن دان سلام اخوه فيلله ابدن اباد بوات صحابة سموا ::.
View my complete profile



Monday, June 11, 2012

Demi Kebaikan awak, Saya Relakan. ☺

7 comments
11 / 6 / 2012
سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم


     Malam yang penuh dengan bintang, diterangi cahaya malam dan bulan. Pastinya indah bukan? Tapi diri ini menahan sedih yang rasa yang tidak mampu untuk ditanggung sendiri. Pasti ada yang bertanya kenapa saya tak mencerita kisah saya pada sahabat-sahabat. Saya jawab dengan hati yang tenang, sahabat saya telah pun menuju haluan nya. Bertanya lagi, Kan awak punyai kawan-kawan yang lain. Kenapa tidak cerita pada mereka. Dengan hati yang tenang menjawab lagi, mana mungkin mencerita kan pada kawan yang paling tidaknya hanya akan mengetawakan saya kerana saya punyai perasaan yang begini.


     Saya ada ramai sahabat di Facebook. Salah satunya kawan-kawan di dalam group. Senarai kawan dekat Facebook sikit jek. 400 pon tak cecah. :) Mungkin dalam banyak-banyak kawan dalam group itu lah mungkin ada salah sorang yang sudi mendengar dan selalu prihatin terhadap saya. Ucapan terima kasih untuk sahabat yang sudi membaca tidak kira lah kenalan atau tidak. Walau siapa diri anda yang penting saya tahu, saya bukan sorang. Allah juga sentiasa ada dengan saya.


     Erm, saya pun tak tahu nak mula dari mana, Fikiran saya sendiri serabut memikirkan apa yang terjadi malam semalam.


     Para pembaca yang dimuliakan oleh Allah swt nak tahu, Dulu saya sudahpun kehilangan seorang insan yang saya sayangi. Nak dijadikan jadikan cerita sebelum saya berjumpa dengan insan itu. Dari awal saya telah ada seorang KAWAN rapat. Dia seseorang yang memang selalu bersama saya. Yang pasti dia memang seorang kawan yang baik. Baik sangat-sangat. Dirinya juga apa kurangnya. Selalunya susah senang saya, suka duka saya, baik buruk saya, semuanya akan saya cerita pada dia. Tidak hairanlah kalau saya cerita segala keburukkan saya pada dia sebab saya nak die kenal saya seluruhnya. Mungkin dia bukan seorang yang banyak bercakap, tapi saya cukup tenang bersama dengan dia.


     Malam semalam, mungkin hari terakhir saya bersama dia. Dia memutuskan agar tidak berhubungan begitu lagi. Hubungan apa? Saya dan dia kawan, kawan yang tidak pernah berjumpa, tidak pernah bercakap bersama dan tidak pernah bertegur walaupun rumah kami berdua tersangat lah dekat. Kami hanya sering bermain sms. Selalu bertanya kan pendapat, bercerita tentang keadaan hari yang dilalui dan lain-lainnya.


     Malam ketika dia memutuskan agar tidak sms dia lagi. Serius la, saya rasa macam lepas ni hidup sunyi je. Mana tidaknya, dia yang selalu temankan saya. Dalam diam-diam saya berusaha untuk menghalang. Ya Allah terasa berdosa sangat dengan apa yang saya lakukan ini. Kenapa lah rasa sayang sangat nak lepaskan dia. Walhal apa yang dilakukan dia adelah demi kebaikan bersama-sama. Dia taknak saya dan dia mengundang murka Allah lagi. Dia seperti merayu pada saya agar tidak lagi sms atau misscall nombor dia lagi. Serba salah sangat-sangat rasa hati.


     Kata terakhir saya sebelum dia memutuskan agar tidak berhubungan sebegitu lagi, saya cakap padanya dalam sms "kalau awak buat sesuatu yang rasa baik untuk awak, saya tak akan pernah halang". Erm... Saya yang berkata begitu, mana mungkin saya nak halang dia lagi. Macam mana nak tahan sebak Kehilangan seorang yang selalu bersama dengan kita.


     Saya redha akan apa yang terjadi, kerana saya tahu. Apa yang dia lakukan adalah untuk kebaikan bersama. Allah 'azza wa jalla sudah beri saya banyak peluang bersama dia. Tiba saat saya ikut kehendakNya. Sebenarnya sendiri pun sudah tahu tidak boleh bersms antara laki dan perempuan walaupun tidak berjumpa. Tapi dekat situ sebenanye sudah pun mendekatkan diri dengan maksiat. Berlakunya zina hati. Sedar tidak sedar, sebenanya sudah pun melakukan perbuatan lagha. Dengan rela hati, sudi tidak sudi, saya cuba juga agar turuti apa yang dia mahu. Diri kami penuh dengan perasaan serba salah atas keputusan yang kami buat. Tapi saya tahu, saya yakin, rasa serba salah itu sekejap saja. Tak lama pasti akan normal semula.


     Saya seperti biasa , bangun subuh seorang diri tanpa ada lagi sms dari dia. Biasanya pagi subuh dia sudah kacau saya. Sebab saya ni suka tidur semula bila lepas subuh. Dia selalu nasihat saya, katanya tak elok tidur selepas subuh nanti rezeki kurang. Saya hari demi hari baiki diri saya. Sekarang lepas subuh, tak nak tidur semula, saya cuba untuk baca yaasin, selepas itu mula kerja saya duduk didepan komputer. haha... Tak nak tidur semula punya pasal. Saya cuba sikit-sikit untuk jadi yang baik. :D


     Hari ini, hari esok, hari-hari seterusnya. Mungkin tak akan ada lagi sms dari dia yang akan kacau saya. Henfon saya pun sekarang sunyi jek. Biasa kemana saya pergi henfon mesti ada di tangan. Sekarang dalam laci silent pun tak mengapa. Tak akan ada apa-apa notification masuk punya.


     Hmm... Senyuman yang disertakan kegusaran. Bila pagi berdoa meminta yang terbaik dari Allah, bila malam pasrahkan segalanya pada Allah. Dalam setiap jam, setiap minit, setiap saat yang berlalu. Redha akan setiapa apa yang terjadi. Walaupun kehilangan dia tidak bererti saya dan dia telah putus kawan. Dia masih izinkan saya untuk massage nya di Facebook. Dia pun mungkin masih ingin jaga nama saudara sahabat fillah. Walaupun terputus disitu, hebatnya dia kerana dia tetap letakkan saya dalam friend list dia kawan sampai bila-bila. Kami berhenti sms bukan kerana putus kawan. Tetapi kerana kami ingin mencari keredhaan. Hebat bukan dia? Thanks tu Ustzh. Fatimah Syarha juga. Kata-katanya yang membuat kami sedar.


     Sahabat saya yang sedang membaca artikel ini sehingga leka sudah hampir penghujung nya ni, sahabat nak tahu? sebenarnya tersangat lah penting bagi kita untuk saling memberi kebaikan pada teman-teman. Walaupun ianya bukanlah yang terbaik untuk kita. Jangan rasa tidak adil kerana dia dapat yang baik sedangkan kamu tidak dapat apa-apa. Allah itu menilai setiap kebajikan yang kamu lakukan. Paling penting niat sesuatu perkara yang kita lakukan ikhlas kerana Allah. Bukanlah kerana ingin memuliakan diri sendiri agar orang melihat diri kita adalah yang terbaik. Ingat, tiada gunanya mendapat gelaran di dunia sedangkan hidup ini hanya sementara. Gelaran yang tidak akan kekal lama. Apa pun yang di lakukan. semua kerana Allah swt. Insyaallah, Allah berkati hidup para sahabat.


     Saya tertarik dengan kata-kata seorang insan yang sedang mencari sinar zahratul jannah. Katanya, Ikhlas dulu dalam persahabatan, andainya Allah takdirkan jodoh antara kita dan dia (kami), tu kira bonus la. Tapi kalau tidak? Apa nilai persahabatan tu dimata Allah kalau bersahabat dengan kita hanya kerana nak jadi suami atau isteri kita? <-- edit sikit la supaya anda semua faham, sebab massage ni berceritakan mengenai dirinya. Tertarik dengan katanya. Dia buat saya faham akan apa yang perlu dicari sebelum menuju ke bab-bab seterusnya.


     Walaupun hari-hari saya jalani tanpa ada dia, yang penting saya masih punya ramai sahabat. Kata putus dari dia bukan lah putus selamanya. Cuma berhenti dari berhubungan bertali arus berdua-duaan begitu. Saya masih lagi berkawan dengan dia. Anda yang sudi membaca juga semestinya sahabat saya. Walau apapun keadaan kita semua, selalu lah bisikan dalam hati berdoa pada Allah untuk memohon yang terbaik dariNya. Semua nya kerana Ukhwah Fillah. ♥

-sekian-
syukran sahabat..
Jazakallahu khoiran katsiran..
 

~~ֆǟʏǟռɢiiʟǟɦi~~ © 2011 All Rights Reserved ǟʟ ɦubbuʟ iʟǟɦi Designed by أحمد نابيهان