My Photo
أحمد نابيهان
Pasir Gudang, Johor, Malaysia
.:: السلام عليکم ي اخي ي اخثي.. سلام زيارە انا اوچڤکن دان سلام اخوه فيلله ابدن اباد بوات صحابة سموا ::.
View my complete profile



Wednesday, December 19, 2012

Sebab AKU LELAKI KAU WANITA !

4 comments

سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم

Ape yang terjadi semalam, sungguh aku kesal. Ntah mengapa aku marah pada perempuan. Ntah la, mungkin kerana kenangan dahulu muncul semula. Bukan itu yang aku mahukan. Aku minta maaf pada kalian semua.

Korang semua tahu tak, aku dilahirkan sebagai seorang lelaki, bukan seorang perempuan. Bila engkau tahu aku adelah lelaki, kenapa engkau masih ingin mendekati aku? Korang tahu, kerana aku lelaki, aku mudah tertarik dengan perempuan. Bila kau ade depan aku, aku akan buat ROSAKkan kau.
kenapa engkau dikatakan ROSAK ?

sebab kau tahu aku lelaki, engkau perempuan. Aku punya satu nafsu, nafsu aku kuat. Aku akan cuba mendekati kau. Kalau engkau kuat kau tak akan terpedaya dengan aku. Tapi mampukah kau cakap TIDAK !!

jika kau mampu kau memang seorang yang hebat, dari mana hebat kau? Kerana iman dalam hati kau masih kukuh, Allah sayang engkau, dia jaga kau dari lelaki, lelaki seperti aku.

Bagaimana yang gagal mengatakan TIDAK lalu terpedaya dengan aku?

Sungguh engkau seorang perempuan yang masih belum kuat. Hati kau belum cukup cekal. Kau akan mudah terpedaya oleh lelaki seperti aku. Sebab aku lelaki aku akan mendekati kau.

erm.........................

wahai muslimah, ukhti kena tahu,

aku lelaki, aku punya hati, hati dan juga perasaan. Namun aku masih belum cukup setia bermain dengan semua benda ni. Permainan apekah? Cinta kura-kura atau monyet? Kau kena tahu, suka itu satu fitrah, aku lelaki, aku pasti akan sukakan kau, sebab kau muslimah. Namun suka aku kerana fitrah yang tak mampu aku elakkan, namun kau kena tahu, fitrah itu boleh bertuka menjadi fitnah.

wahai muslimah, ukhti kena tahu,

aku lelaki, aku punya kelebihan, kelebihan ku lebih pada kata-kata aku. Manis ke? Manis dibibir busuknya dihati. Kata-kata aku membinasakan kalian. Sanggupkah kau telan semua kata aku? Padahal engkau bukan halal bagi aku. Setelah hati kau disemai bunga, lalu aku pergi. Bukankah jahatnya aku. Kenapa engkau masih berdegil mendekati lelaki seperti aku.

wahai muslimah, ukhti kena tahu,

aku lelaki, aku punya mata yang cantik. Yang ALLAH ciptakan indah. Bersyukur nya KITA kerana dengan nikmat ini kita dapat melihat antara satu sama lain. Tapi, apekah benar mata kau itu digunakan untuk melihat lelaki seperti aku? jika benar, Kau gagal dalam mendidik diri kau. Kerana engkau masih lagi ingin tahu keadaan lelaki seperti aku. Aku lelaki aku dikurniakan mata, aku akan milihat kau, sekelip mata aku boleh mendekati kau. kerana aku ada mata, aku melihat diri kau. Perasaan aku tiba. Tidak takut ke kau wahai ukhti, kalau begitu mengapa kau masih ingin mengenali lelaki seperti aku.

wahai muslimah, ukhti kena tahu,

aku lelaki, aku punya rupa, Alhamdulillah, Allah ciptakan diri lelaki semuanya baik-baik dan kacak-kacak setampannya Nabi Yusuf a.s. Dengan rupa itu, aku punya kekuatan mendekati kau, mampukah kau tunduk dari pandangan kau, kalau diri kau hebat. Kenapa kau masih mengejar mencari aku. Engkau salah, engkau tidak sepatutnya melihat rupa aku, kerana aku lelaki. Lembutnya hati kau mampu mengundang perasaan terhadap aku. Namun ianya fitrah, aku risau, sebab fitrah kau akan membawa besarnya suka.

wahai muslimah, ukhti kena tahu,
aku lelaki, aku punya tanggungjawab yang besar. Aku dilahirkan lelaki dalam keluarga aku. Sudah pasti aku sedang belajar memikul tanggungjawab. Kerana engkau tanggungjawab aku lalai. Kenapa? Sebab kau mengajar aku sesuatu yang sebenanya aku akan memahaminya bila benar-benar aku bergelar lebih dewasa. Malah lebih teruk kerana tanggungjawab aku juga adalah menjaga kau. Suatu saat aku juga akan bersama kau. Aku akan punya bunga, lalu bunga itu akan gugur. Kerana mati itu pasti. Aku bertanggungjawab membawa engkau kesyurga Allah. Tapi, kenapa engkau masih ingin mendekati aku jikalau engkau hanya ingin berkenalan dengan lelaki sekadar sahaja bukan kerana hatimu jujur dan ikhlas mengambil aku. PERGI KAU !!!


Aku kirimkan surat buat mu wanita,

Aku lelaki, hidupku semata mata adalah kerana Allah, Aku berusaha mengejar CINTA KEPADANYA. Namun aku sering leka. Seakan akan cintaku memohon kepadaNya adelah kerana mendapatkan kasih sayang kamu wanita. Sungguh aku bukan lelaki yang soleh, Yang baik untukmu wanita. Wanita, engkau perlu kenal akan diri aku lelaki. Bayangkan jika di facebook ku, kawan wanita aku lebih dari kawan lelaki. Banyaknya hingga lelaki dapat dikira dengan menggunakan sepuluh jari tangan yang Allah berikan. Kenapa kau masih mencari aku? Tak kasihan kau dekat lelaki seperti aku, sungguh aku sendiri telah gagal dalam membimbing diri aku. Kenapa engkau menambahnya? Tak !!! aku tak pernah kata wanita itu kejam. Kerana suatu saat wanita itu akan bersama aku. Ibu aku juga wanita. Tak akan aku menghinanya. Aku sedih dengan diri aku sendiri, aku leka dengan setiap apa kelebihan aku ada. Aku gunakan untuk medekati wanita, kata-kata manis aku, aku taburkan di lantai, sesiapa yang ternampak pasti akan kutip. Kerana KITA manusia kita lumrahnya LUPA. Aku tak sanggup lagi permainkan wanita kerana diri aku lelaki. Aku buka mata, aku mula tersedar bahawa selama ini hidupku semata mata mengejar wanita. Aku silap besar dalam perkara ini. Namun setiap kali aku ingin berubah, engkau sedikit demi sedikit kembali ingin mengenal aku. Wanita, kawan itu sungguh tidak salah, namun bagaimana cara kau berkawan dengan aku? Benar kau mengjaga ikhtilat? Kau hebat wanita. Namun aku lelaki, aku akan tertarik dengan kau dari segala sudut pandangan aku nampak. Engkau kalah lagi, Engkau tak akan mampu hindarkan aku dari perasaan ini. Sebab aku lelaki. Kau wanita. Engkau dan aku sangat berbeza.

Ya Allah,
Ampuni segala dosa dosa besar dan dosa kecil yang hambamu ini lakukan. Sungguh hambamu ini menyesal akan perbuatan semalam, (istigfar) Ya Allah ya tuhanku, Kami Lelaki dan Kami Perempuan. Ku mahon padamu Ya Allah, pelihara diri kami. Kami lemah, kami sering alpa, sering lalai, sering leka dengan tipu helah dunia. Yang Allah, buka hati kami, beri hidayah dan petunjuk MU buat kami, agar kami menjadi insan yang soleh dan solehah, mentaati kepadaMU, kepada RasulMU Nabi MUhammad saw, Kedua ibu bapa kami, seterusnya buat diri kami Isteri dan Suami, Berkati kami, Hidup kami kesejahteraan kami. Lindungi kami dari perasaan yang akan melupakan kami kepadaMU. 

wahai muslimah,
engkau wanita, kau sungguh istimewa,

 “Kebaikan seorang wanita solehah sama seperti amalan 70 orang para siddiqin”.
engkau hebat. wanita kau ditinggikan darjat. Kenapa kau mengejar kami lelaki. Jangan wanita, Jangan pernah engkau buat jikalau kau belum bersedia.

 
Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim, "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah."
 

engkau sungguh ciptaan Allah paling istimewa. Kenapa engkau merendahkan dirimu. Jangan wanita.

wanita, Lelaki memohon pada kau, Kuat kan diri kau.
Jangan mudah terpedaya pada lelaki macam aku.
Aku berkata wanita salah, lelaki juga salah. adakala bukan kau mulakan, adakala aku mulakan.
Semoga kita sama kuat sama hebat. Jaga diri KITA masing masing.

sebab......

AKU LELAKI KAU WANITA.

Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat ke-24 yang bermaksud, "Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."



Al Hubbul Ilahi
sayangiilahi.blogspot.com
----------------------------------------------------------------------------------

Ntah mengapa terasa suatu yang telah aku lakukan sepertinya tidak adil..
mana tidak nya.. aku lelaki.. dia perempuan,.. sungguh jauh beza nya..
ntah lah, ingin aku ceritakat sini, aku terjumpe seorang facebook seorang permpuan ni,,
cantik, sopan, alhamdulillah,.. nampak seperti seorang yang solehah..
nampak jek la... isi hati org kita x taw.. Allah taw..

Ntah la, melihatnye aku seperti suka pon ade.. tpi suka gitu-gitu jek la, fitrah kan? :)
sebab aq tak kenal akan dirinya.. bukan itu yang ingin aku beritahu pada die.. 
aku tak nak fikir pun semua tu, yang nak cerita kat situ.. 

tentang kawan2 die dalam facebook.. jumlah dan bilangan kawan facebook nye tidak la seramai mana..
setakat 200 lebih itu ada.. pasti.. aku pn hanye lebih kurang dia jek.. 
ntah la, yg menjadi kesukaan aku apebila aku melihat setiap kawan2 nya itu..
semua nya perempuan.. boleh aku cakp kt situ. lelaki sekadr 2 orang jek.. 
yang lain semua nya perempuan... aku yakin lelaki tu pon yang berkenaan dengan dirinya.

dari situ aku mula bayangkan die ni seorang perempuan yang bagaimana.. 
berbaza dengan aku lelaki yang mempunya kawan di FB tetapi ramai perempuan dari lelaki..
lelaki dekat aku hanya beberapa orang sahaje.. kenapa aku macam gitu..
tetapi tidak die.. die perempuan, die selesa berkawan degn perempuan.. 
malah semua status nya juga di tag pada perempuan.. semua perempuan..

erm.. tapi beza diri aku.. aq lelaki, kenape mesti perempuan yg ramai..
mane pergi kaum2 sejantina aku?? ntah la.. terbuka mata aq bila melihat dia.. 
aku mula mengarang artikel yang tidak jelas.. namun aku harap..

sesuatu yang bermanfaat dapat korang ambil disitu.. 
aku bukan hilal asyraf,
aku bukan ustazh fatimah syarha dan pasangannya dr farhan hadi..
mereka mmg novelis hebat.. 
aku sekadar lelaki biasa yang ingin berkongsi cerite.. :)

Tidak Allah jadikan sesuatu dimuka bumi ini tanpa sebab,
Agar kita tahu hebatnya Allah mencipta langit tanpa tiang,
Tidak kita manusia tahu mencipta sesuatu hati tanpa sebab..
Kerana aku lelaki kau wanita,  hati kita akan bersama saat riang..

kalau boleh riang itu adalah halal anta lelaki dan wanita.. (oh! muslimah berbahagialah) :)

Aku minta maaf kalau kalau sekiranya apa yang aku tulis ini ada yang membuat korang tidak puas hati,
ape yang buruk sudah tentu dari diri aku yang serba kekurangan ini. Apa yang hebat, Engkau pasti tahu. Allah yang mencipta KITA dialah yang paling TERAGUNG. semua dariNYA...

sekian sekali lagi.

Cinta Fitrah Ilahi
Kurangkan Manis Dalam Minuman Tambahkan Manis Dalam Senyuman :D ~
 

~~ֆǟʏǟռɢiiʟǟɦi~~ © 2011 All Rights Reserved ǟʟ ɦubbuʟ iʟǟɦi Designed by أحمد نابيهان