My Photo
أحمد نابيهان
Pasir Gudang, Johor, Malaysia
.:: السلام عليکم ي اخي ي اخثي.. سلام زيارە انا اوچڤکن دان سلام اخوه فيلله ابدن اباد بوات صحابة سموا ::.
View my complete profile



Friday, June 20, 2014

Ceritakan Bahagia Duka (2)


26/1/2014
“kenapa dengan ayah ibu?” kerisauan mula menyelubungi hati aku.

“ayah kamu…tut..tut..tut…,” talian terputus secara tiba-tiba.

Aku semakin bimbang. Apatah lagi, sejak akhir-akhir ini kesihatan ayah kurang memuaskan. Namun, aku tahu ayah seorang yang kuat semangat. Jika penyakit demam yang menimpa ayah, ayah tetap cergaskan diri untuk berangkat ke tempat kerja. Tetapi, situasi kali ini sangat berbeza. Suara ibu begitu cemas dan suasana tempat ibu buat panggilan tadi benar-benar bising. Pelbagai fikiran yang bermain di benak fikiran aku. Aku terus menekan minyak kereta dan di pandu laju.

Sampai sahaja diperkarangan rumah, pintu kereta dibuka dan aku bergegas masuk ke rumah. Kasut yang aku pakai tadi hanya di tanggalkan kemudian di campak ke penjuru almari kasut. Dalam keadaan yang kelam-kabut, kaki aku tersandung pada anak tangga di pintu.

“Ya Allah, aduh !” sempat mulutku berdencit akibat kecuaian diri aku sendiri. Namun, suasana yang bising tadi yang kedengaran hingga di luar pintu rumah, tiba-tiba menjadi sepi. Semua mata tertumpu ke arah aku.

“kamu kenapa sayangiilahi?”, suara ibu memecah sepi. Wajah ibu pelik dengan sikap aku yang masuk ke rumah dalam keadaan yang kelam-kabut.

“itulah ibu, kalau masuk rumah tak bagi salam”, seloroh adik sayangiilahi.

‘ish dia ni, ada juga yang kena dengan aku malam ni’, detik hati aku.

“kenapa dengan ayah tadi ibu? Kenapa tiba-tiba putus masa ibu cakap tadi? Saya call ibu banyak kali tapi asyik mailbox saja”, jelas kerisauan pada nada aku.

“patutlah kamu balik rumah macam kena kejar dengan hantu cina. Maafkan ibu sayangiilahi, battery handset  ibu habis. Ayah kamu okey  saja. Kamu tengoklah tu, tengah duduk kat sofa tengok tv tu. Ibu tadi tengah gelak sakan dengan adik-adik kamu, ayah kamu pula tiba-tiba minta ibu telefon kamu beli roti dengan telur untuk sarapan esok”, jelas ibu. Kasihan ibu melihat raut wajah aku yang tampak kerisauan.

“habis tu, kenapa suara ibu cemas masa telefon saya tadi”, bimbang dalam hati aku semakin surut.

“ masa tu, ada katak bawah kaki ibu. Entah dari mana muncul katak tu. Itu yang ibu jadi kalut masa telefon kamu. Sudah, kamu jangan fikir sangat. Kamu pergi mandi. Sudah pukul 10 malam ni, baju dari majlis Miza tadi tu entah  bau apa agaknya,” pinta ibu aku.

‘eh, aku langsung tak sedar dah pukul 10. Entah kenapa dengan aku hari ni. Cukuplah aku fikir pasal Miza,’detik hatiku.

Aku terus melangkah meningglkan ibu yang sedang berborak sesuatu dengan kembarku. Didikan ibu dan ayah aku mengenai keakraban keluarga amat dititikberatkan. Kesibukan ayahku yang mencari rezeki sebagai nafkah kepada isteri dan anak-anak tidak menghalang daripada meluangkan bersama keluarga.

Selesai membersihkan diri, aku hanya menyarungkan tubuhku dengan baju t-shirt berkolar bulat dan seluar track. Aku merebahkan tubuhku yang lesu di atas tilam yang empuk. Mataku asyik memandang siling bilik.

‘Miza dah jadi milik orang lain. Aku kena terima hakikat yang dah tertulis dalam kamu hidup aku. Insyallah semua ni ada hikmah. Sabar sayangiilahi. Ada yang lebih baik dari dia lepas ni yang aku jumpa. So, kenapa mesti aku fikir pasal dia lagi,’ sayangiillahi bermonolog dangan dirinya.

Aku asyik mengubah posisi pembaringan. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Malam itu aku terasa bosan yang teramat. Lantas aku bangun dari pembaringan, kemudian duduk di meja study. ingat nak study  ke bila hari-hari minggu ni? Jangan haraplah. Akhirnya, aku mencapai beg laptop milikku dan mengeluarkan laptop milik aku yang ayah aku belikan untuk aku belajar dari perut beg. ‘Game Time’. Kalau bosan, inilah yang aku lakukan, takpun aku akan keluar dengan kawan atau online facebook  tu sampai lewat pagi.

Tok !! Tok !! Tok !!

“masuk”, aku mengizinkan si pengetuk pintu itu,. Siapa lagi kalau bukan ibuku yang cantik. Sebelum masuk ke dalam ruang bilik, mengetuk pintu terlebih dahulu memang sudah dididik sejak kecil lagi. Ruang bilik merupakan ‘privacy places’  terutamanya kepada anak-anak.

“Ya Allah, masih celik mata kamu. Ibu ingatkan kamu dah tidur”, ibuku berkata apabila masuk ke ruang bilikku. Seperti biasa, ibu aku akan menjengah masuk ke bilik anaknya sebelum tidur.

“tak mengantuk lagi ibu”, sambil menayangkan sebaris gigi putihku. Kemudian mata aku memandang pada skrin laptopnya semula.

“kamu ada masalah ke? Dari kita pergi majlis Miza tadi, kamu macam ada masalah saja ibu perhatikan”, sambil mengusap belakang aku yang masih lagi asyik dengan game  di skrin laptopku.

‘Perhatikan! Takkan ibu perasan perubahan sikap aku. Ada perubahan pulak aku. Macam biasa saja aku hari ni’, detik hatiku lagi.

“sayangiilahi, kamu berangan apa? Ibu tanya kamu kan?” sambil mencuit bahu anaknya. Sayangiilahi sengaja berdehem untuk menghilangkan rasa kegusaran dalam hatinya. Aku memusingkan kerusiku mengambil posisi untuk berhadapan dengan ibuku. Kini, aku sedikit mendongak mencari anak mata milik ibuku.

“ibu, saya okey  saja ibu. Ibu ada nampak saya macam ada masalah ke ibu. Kalau saya ada masalah, ibu selalu dengarkan masalah saya’,sambil menggenggam erat tangan ibunya. Aku cuba untuk meyakinkan ibuku dengan kata-kata aku.

“betul ke ni?” mencari kebenaran disebalik anak mata milik anaknya.

“ibu, belahlah dada saya. Carilah kebenaran kata-kata ku ini wahai ibuku yang tersayang”, sambil mengeyitkan mata pada ibu. Akhirnya, ibunya ketawa dengan telatah aku itu.

“baiklah, maaf ibu ganggu kamu. Kamu jangan tidur lewat sangat. Esok ada juga yang terlajak solat subuh”, peringatan dari ibuku sebelum meninggalkan ruang bilik ku.

“Yes madam”, sambil mengangkat tanda hormat kepada ibuku. Senyuman aku juga tidak terlepas dari bibir. Namun, setelah pintu tertutup dan di kunci, airmataku serta merta menitis di pipi. Aku menyeka air mata itu dan terus menyeka. Hakikatnya, air mata itu semakin mengalir menghiasi pipi ini.

‘Berpura-pura bahagia dan gembira di hadapan orang lain ternyata lebih sakit daripada terkena ‘test-pen’  pada jari aku ini. 

Sayangiilahi, bukan Allah tak tahu derita hidupmu, retaknya hatimu, sengsaranya dirimu. Mungkin itulah yang DIA mahukan kerana DIA tahu, hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab antara DIA dengan kamu’, Aku bermonolog sendirian pada diriku.

 Akhirnya, aku terlena bertemankan airmata. Walaupun aku seorang lelaki, hati aku itu bukan mudah difahami oleh seorang perempuan. Seorang lelaki itu mampu menyembunyikan seribu satu perasaan dalam hatinya berbanding seorang perempuan. Semoga keesokan hari aku, aku akan memulakan hari-hariku dengan lebih baik berbanding hari-hari sebelum ini.

Krek ! !

Pintu bilik dikuak oleh ibu aku, ibunya amat terkejut dengan keadaan bilik yang..


kerjasama:                
sayangiilahi & qudwahquratulaini

0 comments on "Ceritakan Bahagia Duka (2)"

 

~~ֆǟʏǟռɢiiʟǟɦi~~ © 2011 All Rights Reserved ǟʟ ɦubbuʟ iʟǟɦi Designed by أحمد نابيهان