My Photo
أحمد نابيهان
Pasir Gudang, Johor, Malaysia
.:: السلام عليکم ي اخي ي اخثي.. سلام زيارە انا اوچڤکن دان سلام اخوه فيلله ابدن اباد بوات صحابة سموا ::.
View my complete profile

Sunday, August 24, 2014

Ceritakan Bahagia Duka (3)

0 comments
2/2/2014
Pintu bilik dikuak oleh ibuku, ibuku amat terkejut dengan keadaan bilik yang kemas dan rapi. Tidak seperti sebelum ini yang bersepah. Jika sebelum ini ibuku yang mengemas bilik aku dan adik-adikku, kali ini aku yang mengemas bilikku sendiri. Cadar tilam sudah rapi, tingkap sudah di buka dan langsir dikuak ketepi sehingga udara segar pagi dapat dirasai oleh ibuku.

“eh, ibu. Maaf bu, saya tengah cuci bilik air. Tak perasan ibu ada kat dalam bilik. Dah lama ke ibu kat bilik saya”, dengan wajah ceria aku yang tidak seperti semalam. Ibu hairan dengan perubahan sikap aku. Namun, di dalm sudut hati  ibuku ia mengucapkan syukur ke hadrat Illahi dengan perubahan anak aku. Aku dapat menyangka perasaan ibuku.

wanginya bilik kamu. Kemas pulak tu. Ini barulah anak ibu.” tersenyum lebar ibuku dengan perubahan aku.

“macam tu pula. Habis tu sebelum ini saya bukan anak ibu ke?” nada merajuk. Aku sudah mula ingin menduga ibunya.

“ish, kamu ni. Mulalah nak kenakan ibu. Sudah, mari sarapan". Pelawa ibuku sambil menarik pergelangan tanganku yang masih lagi menyandarkan tubuhku dididing bilik. Aku akur dengan pelawaan ibu.

Aku mengambil tempat duduk berhadapan dengan ibu. Keenakan aroma nasi goreng yang membuatkan aku segera mengambil pinggan. Aku mencuci tangan kemudian mengimamkan bacaan doa. Memandangkan ayahku sudah keluar awal pagi, sebagai anak yang sulung, aku perlu mengimamkan bacaan doa. Selesai, aku pun menyuakan nasi ke mulut. Makan menggunakan tangan itu kan sunnah Nabi.

“sayangiilahi lepas sarapan ni, kamu hantar ibu pergi Econsave. Ibu nak cari barang dapur. Banyak barang dah habis. Lagipun kamu dah smart-smart  ni. Kamu sajalah yang hantar ibu. Tunggu ayah kamu, entah pukul berapa ibu nak pergi ke sana”, pinta ibu sebelum menyuapkan nasi ke mulut.

Aku yamg sedang menikmati minuman di cawan sekadar menaikkan kening tanda setuju sambil menoleh ke wajah ibunya.

pada hari inggu ini, jalan agak sesak. Lagipun, hari minggu  merupakan masa yang perlu digunakan sebaik-baiknya bersama keluarga.

“ibu, saya turunkan ibu kat pintu masuk. Saya nak parking kereta sekejap”, pinta aku setelah memberhentikan keretaku di hadapan pintu masuk.

“baiklah. Kamu jangan melilau ke mana-mana pula”, pesan ibuku sebelum keluar dari perut kereta.

Aku menganggukkan kepala setelah mendengar pesanan ibu tadi. Aku terus memusingkan stering kereta untuk mencari parking  kereta. Akhirnya terdapat satu tapak yang kosong. Aku mematikan enjin kereta dan membetulkan sedikit rambutku. Selesai semuanya, aku terus membuka pintu kereta.

Damm ! ! Hentakan kuat pada pintu keretaku. Aku menjadi gelabah. Aku terus menutup semula pintu keretaku, dan keluar melalui pintu sebelah pemandu. Dia melihat pintu keretanya.

‘janganlah calar. Ya Allah, cuainya aku”, getus dalam hatiku. Aku menoleh ke arah belakang. Ada seorang gadis melakukan perkara yang sama seperti yang aku lakukan sebentar tadi.

“Cik, kereta cik takde  apa-apakan?” tanya aku dengan hatiku diserbu rasa bersalah kerana kecuaian diri aku sendiri.

“Maaf cik, saya..,” kata-kata aku terhenti apa bila gadis itu hanya sekadar mengangkat tangan sambil menundukkan kepala dan berlalu pergi.

‘Ish dia menangis ke? Kereta dia calar ni. Tunjuk muka tidak,’ aku bermonolog sambil membelek kesan calar pada kereta gadis itu.

‘Ibu !  Ya Allah. Habislah aku’, aku baru teringat ibuku sedang menanti aku di pintu masuk econsave. Aku terus bergegas mendapatkan ibu. Mujur jarak tempat aku parking  kereta tidak jauh dari tempat ibu tunggu. Dari jauh kelihatan ibuku sedang mengibas-ngibas tangannya. Cuaca memang agak panas sejak akhir-akhir ini. Setibanya di situ, aku dan ibu terus melangkah masuk ke econsave. Aku mengikut saja ke mana ibu pergi. Aku juga tidak banyak bercakap seperti selalu. Fikiranku sebenarnya teringat akan gadis yang aku jumpa semasa di parking kereta tadi. Hati aku masih lagi merasa serba salah terhadap gadis itu. Tiba-tiba lengan aku rasa sakit.

“Aduh!” Aku mengaduh sakit sambil menggosok tempat yang sakit itu. Ternya ibuku mencubit lengannya.

“Kamu teringat siapa sayangiilahi? Cepat angkat barang tu kat kaunter”, kata ibuku. Baru aku perasan, aku berada di kaunter pembayaran. Gadis yang berada di kaunter pembayaran itu hanya tersenyum melihat gelagat aku. Aku sekadar menjelingnya.

Selesai membuat pembayaran, aku menolak troli ke pintu lif. Sambil aku membelek-belek handfonku. Aku menukar wallpaper pada skrin handfonku dengan gambar yang aku sempat tangkap dengan ibuku. Nampak mesra gambar itu bila gambar itu aku berlaga pipi dengan ibuku. Pintu lif terbuka dan aku melangkah keluar beriringan dengan ibuku.

Prang ! ! !
“Ibu ! !”, aku tergamam dengan apa yang berlaku.

kerjasama:                
sayangiilahi & qudwahquratulaini
 

~~ֆǟʏǟռɢiiʟǟɦi~~ © 2011 All Rights Reserved ǟʟ ɦubbuʟ iʟǟɦi Designed by أحمد نابيهان