3/1/2015
Kemarin setelah sudah menyelesaikan solat magrib. Terniat hati aku untuk membuka facebook yang telah lama aku biarkan. Tak tahu kenapa aku rasa nak buka sangat akaun tersebut. Aku memiliki dua akaun facebook. Aku teringin hendak melihat akaun facebook aku yang lama. Aku buka dan tak tahu kenapa hati aku sakit sangat rasanya. Sakitnya seperti dicucuk-cucuk jarum yang tajam.
Allah, dia sudah menjadi milik orang. Aku seakan tak percaya. Melihat tangan lelaki tersebut di ubun-ubun kepalanya aku terdiam. Dia langsung tak pernah memberitahu aku yang dia bertunang malah perkahwinannya juga tidak aku mendapat sedikit pun khabar beritanya.
Aku mengenalinya semasa dia sedang berhijrah. Aku melihat dengan mataku dirinya semakin hari semakin sempurna. Aku pernah terniat ingin menjaganya. Teringat semasa aku rapat dengannya. Mencerita kan pelbagai cerita dan kisah. Pernah kita bertuka lagu nasyid. Tapi lama kelamaan hubungan itu renggang dan kita terpisah sekejap. Namun yang namanya kawan itu langsung tak pernah lupa.
Hari itu aku menegurmu, kerana aku ingin mulakan semula. Aku memberitahumu yang aku teringin ingin menghantar kamu ke tempat belajar kamu. Tapi tak kesampaian. Aku cakap dekat kamu bila ingin kamu mengenalkan aku pada orang tua mu. Niatnya hanya ingin ibu bapa mu mengenali aku. Aku tak lupa dan aku tak pernah lupa. Kamu cakap sesudah nanti kamu pulang dari belajar kamu akan kenalkan aku. Malah masa tu aku nak bagi kamu kek untuk kamu jadikan sedikit bekal nanti. Tapi tak kesampaian.
Hari itu juga kamu balik. Tapi kamu diam. Aku tak nak ingatkan kamu kerana aku nak kamu ingat sesuatu. Aku wechat kamu. Tapi aku kecewa, sebab tak ada balasan dari kamu. Ketika kamu hendak pulang baru kamu perasan. Kek tu sebenanye aku sudah belikan siap-siap untuk diberikan kepada kamu. Tapi memang tak kesampaian lagi.
Aku tahu kamu anggap aku seperti biasa, aku mule perasan tiap kali aku bertanyakan tentang numbor fon yang telah kamu tukar kamu akan diam. Kenapa? Kenapa kau tak memberitahu aku perkara yang sebenar supaya aku tahu semuanya.
Harini aku terase, aku kecewa, aku terkilan, aku rasa semuanya dengan sikap kau. Sepatutnya kau tak merasiakan sesuatu dari aku tentang perkara macam ini. Aku pada masa itu mula ingin menyatakan hasrat aku. Bukan sengaja aku ingin menyuruh kau mengenalkan aku kepada orang tua kau. Tapi kerana hasrat yang aku pendamkan adalah ingin memberi kejutan buat kau.
Hmm,, Namun aku yang mendapat kejutan. Kejutan secara diam-diam. Allah, sungguh aku terdiam dengan perkara itu. Setidaknya aku tahu, Namun tiada sedikit pun khabar berita tentang kamu.
26.12.2014 kamu dengan rasminya menjadi milik orang. Tiada apa perasaan yang dapat aku lunaskan. Kerana semuanya tidak ada gunanya lagi. Aku bukan manusia yang menhancurkan kebahagiaan rumah tangga orang. Aku redha dengan apa yang terjadi. Aku bersyukur kerana aku masih belum terlalu berharap untuk perkara itu. Kerana itu akan lebih membuatkan aku sakit hati.
Aku belajar semua ini. semoga suatu saat nanti aku boleh berhati hati. Dan aku yakin mungkin ini lah ketentuan Allah swt untuk diri aku. Yang ingin mengatakan kau bukan untuk aku. Suami mu akan menjaga kau sebaiknya. Maka kau taat lah kepadanya.
Aku tahu kau tak pernah memikirkan tentang diri aku. Tak apa, memang tidak perlu. Aku juga akan melupakan kau. Maafkan aku kerana menyimpan semua gambar-gambar kau. semua pesanan-pesanan ringkas tentang kita. Namun hari ini semuanya tiada guna lagi.
Aku bawa diri aku untuk pergi jauh dari semua perkara ini. Aku mendoakan agar engkau bahagia disamping suami yang engkau cintai. Semoga kekalnya adelah sehingga ke akhir hayat nanti. Jangan risau, aku lebih bahagia melihat teman teman ku bahagia. Suatu saat nanti akan ade yang lain buatku. Aku redha dan aku lepaskan.
Barakallah ! ^_^
Titian Tidak Kesampaian
2.50 am
3 jan 2015
sayangiilahi with wife.
Saturday, January 3, 2015
Sunday, August 24, 2014
Ceritakan Bahagia Duka (3)
2/2/2014
Pintu bilik dikuak oleh ibuku, ibuku amat
terkejut dengan keadaan bilik yang kemas dan rapi. Tidak seperti sebelum ini
yang bersepah. Jika sebelum ini ibuku yang mengemas bilik aku dan adik-adikku, kali
ini aku yang mengemas bilikku sendiri. Cadar tilam sudah rapi,
tingkap sudah di buka dan langsir dikuak ketepi sehingga udara segar pagi dapat
dirasai oleh ibuku.
“eh, ibu. Maaf bu, saya tengah cuci bilik air. Tak perasan
ibu ada kat dalam bilik. Dah lama ke ibu kat bilik saya”, dengan wajah ceria aku yang tidak seperti semalam. Ibu hairan dengan perubahan sikap aku. Namun, di dalm
sudut hati ibuku ia mengucapkan syukur ke hadrat Illahi dengan perubahan
anak aku. Aku dapat menyangka perasaan ibuku.
“wanginya bilik kamu. Kemas pulak tu. Ini barulah anak ibu.”
tersenyum lebar ibuku dengan perubahan aku.
“macam tu pula. Habis tu sebelum ini saya bukan anak ibu
ke?” nada merajuk. Aku sudah mula ingin menduga ibunya.
“ish, kamu ni. Mulalah nak kenakan ibu. Sudah, mari sarapan".
Pelawa ibuku sambil menarik pergelangan tanganku yang masih lagi
menyandarkan tubuhku dididing bilik. Aku akur dengan pelawaan
ibu.
Aku mengambil tempat duduk berhadapan dengan ibu.
Keenakan aroma nasi goreng yang membuatkan aku segera mengambil
pinggan. Aku mencuci tangan kemudian mengimamkan bacaan doa. Memandangkan
ayahku sudah keluar awal pagi, sebagai anak yang sulung, aku perlu
mengimamkan bacaan doa. Selesai, aku pun menyuakan nasi ke mulut. Makan
menggunakan tangan itu kan sunnah Nabi.
“sayangiilahi lepas sarapan ni, kamu hantar ibu pergi
Econsave. Ibu nak cari barang dapur. Banyak barang dah habis. Lagipun kamu dah smart-smart
ni. Kamu sajalah yang hantar ibu.
Tunggu ayah kamu, entah pukul berapa ibu nak pergi ke sana”, pinta ibu sebelum
menyuapkan nasi ke mulut.
Aku yamg sedang menikmati minuman di cawan
sekadar menaikkan kening tanda setuju sambil menoleh ke wajah ibunya.
pada hari inggu ini, jalan agak sesak. Lagipun, hari
minggu merupakan masa yang perlu
digunakan sebaik-baiknya bersama keluarga.
“ibu, saya turunkan ibu kat pintu masuk. Saya nak parking kereta
sekejap”, pinta aku setelah memberhentikan keretaku di hadapan pintu
masuk.
“baiklah. Kamu jangan melilau ke mana-mana pula”, pesan
ibuku sebelum keluar dari perut kereta.
Aku menganggukkan kepala setelah mendengar
pesanan ibu tadi. Aku terus memusingkan stering kereta untuk
mencari parking kereta. Akhirnya
terdapat satu tapak yang kosong. Aku mematikan enjin kereta dan membetulkan sedikit
rambutku. Selesai semuanya, aku terus membuka pintu kereta.
Damm ! ! Hentakan kuat pada pintu keretaku. Aku menjadi gelabah. Aku terus menutup semula pintu keretaku, dan keluar melalui
pintu sebelah pemandu. Dia melihat pintu keretanya.
‘janganlah calar. Ya Allah, cuainya aku”, getus dalam
hatiku. Aku menoleh ke arah belakang. Ada seorang gadis melakukan
perkara yang sama seperti yang aku lakukan sebentar tadi.
“Cik, kereta cik takde apa-apakan?” tanya aku dengan hatiku diserbu rasa bersalah kerana kecuaian diri aku sendiri.
“Maaf cik, saya..,” kata-kata aku terhenti apa bila
gadis itu hanya sekadar mengangkat tangan sambil menundukkan kepala dan berlalu
pergi.
‘Ish dia menangis ke? Kereta dia calar ni. Tunjuk muka
tidak,’ aku bermonolog sambil membelek kesan calar pada kereta gadis
itu.
‘Ibu ! Ya Allah.
Habislah aku’, aku baru teringat ibuku sedang menanti aku di pintu
masuk econsave. Aku terus bergegas mendapatkan ibu. Mujur jarak tempat aku parking
kereta tidak jauh dari tempat
ibu tunggu. Dari jauh kelihatan ibuku sedang mengibas-ngibas tangannya. Cuaca
memang agak panas sejak akhir-akhir ini. Setibanya di situ, aku dan
ibu terus melangkah masuk ke econsave. Aku mengikut saja ke mana
ibu pergi. Aku juga tidak banyak bercakap seperti selalu. Fikiranku sebenarnya teringat akan gadis yang aku jumpa semasa di parking kereta tadi.
Hati aku masih lagi merasa serba salah terhadap gadis itu. Tiba-tiba lengan aku rasa sakit.
“Aduh!” Aku mengaduh sakit sambil menggosok tempat
yang sakit itu. Ternya ibuku mencubit lengannya.
“Kamu teringat siapa sayangiilahi? Cepat angkat barang tu kat
kaunter”, kata ibuku. Baru aku perasan, aku berada di kaunter pembayaran.
Gadis yang berada di kaunter pembayaran itu hanya tersenyum melihat gelagat
aku. Aku sekadar menjelingnya.
Selesai membuat pembayaran, aku menolak troli ke
pintu lif. Sambil aku membelek-belek handfonku. Aku menukar wallpaper
pada skrin handfonku dengan gambar yang aku sempat tangkap dengan
ibuku. Nampak mesra gambar itu bila gambar itu aku berlaga pipi dengan ibuku.
Pintu lif terbuka dan aku melangkah keluar beriringan dengan ibuku.
Prang ! ! !
“Ibu ! !”, aku tergamam dengan apa yang berlaku.
kerjasama:
sayangiilahi & qudwahquratulaini
Friday, June 20, 2014
Ceritakan Bahagia Duka (2)
26/1/2014
“kenapa dengan ayah ibu?” kerisauan mula menyelubungi hati aku.
“ayah kamu…tut..tut..tut…,” talian terputus secara
tiba-tiba.
Aku semakin bimbang. Apatah lagi, sejak
akhir-akhir ini kesihatan ayah kurang memuaskan. Namun, aku tahu ayah seorang yang kuat semangat. Jika penyakit demam yang menimpa ayah, ayah tetap cergaskan diri untuk berangkat ke tempat kerja. Tetapi, situasi kali ini
sangat berbeza. Suara ibu begitu cemas dan suasana tempat ibu buat panggilan
tadi benar-benar bising. Pelbagai fikiran yang bermain di benak fikiran aku.
Aku terus menekan minyak kereta dan di pandu laju.
Sampai sahaja diperkarangan rumah, pintu kereta
dibuka dan aku bergegas masuk ke rumah. Kasut yang aku pakai tadi hanya
di tanggalkan kemudian di campak ke penjuru almari kasut. Dalam keadaan yang
kelam-kabut, kaki aku tersandung pada anak tangga di pintu.
“Ya Allah, aduh !” sempat mulutku berdencit akibat
kecuaian diri aku sendiri. Namun, suasana yang bising tadi yang kedengaran
hingga di luar pintu rumah, tiba-tiba menjadi sepi. Semua mata tertumpu ke arah
aku.
“kamu kenapa sayangiilahi?”, suara ibu memecah sepi.
Wajah ibu pelik dengan sikap aku yang masuk ke rumah dalam keadaan yang
kelam-kabut.
“itulah ibu, kalau masuk rumah tak bagi salam”,
seloroh adik sayangiilahi.
‘ish dia ni, ada juga yang kena dengan aku malam
ni’, detik hati aku.
“kenapa dengan ayah tadi ibu? Kenapa tiba-tiba putus
masa ibu cakap tadi? Saya call ibu
banyak kali tapi asyik mailbox saja”,
jelas kerisauan pada nada aku.
“patutlah kamu balik rumah macam kena kejar dengan
hantu cina. Maafkan ibu sayangiilahi, battery
handset ibu habis. Ayah kamu okey saja. Kamu tengoklah tu, tengah duduk kat sofa
tengok tv tu. Ibu tadi tengah gelak sakan dengan adik-adik kamu, ayah kamu pula
tiba-tiba minta ibu telefon kamu beli roti dengan telur untuk sarapan esok”,
jelas ibu. Kasihan ibu melihat raut wajah aku yang tampak kerisauan.
“habis tu, kenapa suara ibu cemas masa telefon saya
tadi”, bimbang dalam hati aku semakin surut.
“ masa tu, ada katak bawah kaki ibu. Entah dari mana
muncul katak tu. Itu yang ibu jadi kalut masa telefon kamu. Sudah, kamu jangan
fikir sangat. Kamu pergi mandi. Sudah pukul 10 malam ni, baju dari majlis Miza
tadi tu entah bau apa agaknya,” pinta ibu aku.
‘eh, aku langsung tak sedar dah pukul 10. Entah kenapa dengan aku hari ni. Cukuplah
aku fikir pasal Miza,’detik hatiku.
Aku terus melangkah meningglkan ibu yang
sedang berborak sesuatu dengan kembarku. Didikan ibu dan ayah aku mengenai
keakraban keluarga amat dititikberatkan. Kesibukan ayahku yang mencari rezeki
sebagai nafkah kepada isteri dan anak-anak tidak menghalang daripada
meluangkan bersama keluarga.
Selesai membersihkan diri, aku hanya
menyarungkan tubuhku dengan baju t-shirt berkolar bulat dan seluar track. Aku merebahkan tubuhku yang lesu di atas
tilam yang empuk. Mataku asyik memandang siling bilik.
‘Miza dah jadi milik orang lain. Aku kena terima
hakikat yang dah tertulis dalam kamu hidup aku. Insyallah semua ni ada hikmah.
Sabar sayangiilahi. Ada yang lebih baik dari dia lepas ni yang aku jumpa. So,
kenapa mesti aku fikir pasal dia lagi,’ sayangiillahi bermonolog dangan
dirinya.
Aku asyik mengubah posisi pembaringan.
Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Malam itu aku terasa bosan yang teramat.
Lantas aku bangun dari pembaringan, kemudian duduk di meja study. ingat
nak study ke bila hari-hari
minggu ni? Jangan haraplah. Akhirnya, aku mencapai beg laptop milikku dan
mengeluarkan laptop milik aku yang ayah aku belikan untuk aku belajar dari perut beg. ‘Game Time’. Kalau bosan,
inilah yang aku lakukan, takpun aku akan keluar dengan kawan atau online
facebook tu sampai lewat pagi.
Tok !! Tok !! Tok !!
“masuk”, aku mengizinkan si pengetuk pintu
itu,. Siapa lagi kalau bukan ibuku yang cantik. Sebelum masuk ke dalam ruang bilik,
mengetuk pintu terlebih dahulu memang sudah dididik sejak kecil lagi. Ruang
bilik merupakan ‘privacy places’ terutamanya kepada anak-anak.
“Ya Allah, masih celik mata kamu. Ibu ingatkan kamu
dah tidur”, ibuku berkata apabila masuk ke ruang bilikku. Seperti biasa,
ibu aku akan menjengah masuk ke bilik anaknya sebelum tidur.
“tak mengantuk lagi ibu”, sambil menayangkan sebaris
gigi putihku. Kemudian mata aku memandang pada skrin laptopnya semula.
“kamu ada masalah ke? Dari kita pergi majlis Miza
tadi, kamu macam ada masalah saja ibu perhatikan”, sambil mengusap belakang
aku yang masih lagi asyik dengan game di skrin laptopku.
‘Perhatikan! Takkan ibu perasan perubahan sikap aku.
Ada perubahan pulak aku. Macam biasa saja aku hari ni’, detik hatiku lagi.
“sayangiilahi, kamu berangan apa? Ibu tanya kamu
kan?” sambil mencuit bahu anaknya. Sayangiilahi sengaja berdehem untuk
menghilangkan rasa kegusaran dalam hatinya. Aku memusingkan kerusiku mengambil posisi untuk berhadapan dengan ibuku. Kini, aku sedikit
mendongak mencari anak mata milik ibuku.
“ibu, saya okey saja ibu. Ibu ada nampak saya macam ada
masalah ke ibu. Kalau saya ada masalah, ibu selalu dengarkan masalah
saya’,sambil menggenggam erat tangan ibunya. Aku cuba untuk meyakinkan
ibuku dengan kata-kata aku.
“betul ke ni?” mencari kebenaran disebalik anak mata
milik anaknya.
“ibu, belahlah dada saya. Carilah kebenaran kata-kata
ku ini wahai ibuku yang tersayang”, sambil mengeyitkan mata pada ibu. Akhirnya,
ibunya ketawa dengan telatah aku itu.
“baiklah, maaf ibu ganggu kamu. Kamu jangan tidur
lewat sangat. Esok ada juga yang terlajak solat subuh”, peringatan dari ibuku sebelum meninggalkan ruang bilik ku.
“Yes madam”, sambil mengangkat tanda hormat kepada
ibuku. Senyuman aku juga tidak terlepas dari bibir. Namun, setelah pintu
tertutup dan di kunci, airmataku serta merta menitis di pipi. Aku menyeka
air mata itu dan terus menyeka. Hakikatnya, air mata itu semakin mengalir
menghiasi pipi ini.
‘Berpura-pura bahagia dan gembira di hadapan orang
lain ternyata lebih sakit daripada terkena ‘test-pen’ pada jari aku ini.
Sayangiilahi, bukan Allah tak tahu derita hidupmu,
retaknya hatimu, sengsaranya dirimu. Mungkin itulah yang DIA mahukan kerana DIA
tahu, hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan
akrab antara DIA dengan kamu’, Aku bermonolog sendirian pada diriku.
Akhirnya, aku terlena bertemankan
airmata. Walaupun aku seorang lelaki, hati aku itu bukan mudah difahami oleh seorang perempuan. Seorang
lelaki itu mampu menyembunyikan seribu satu perasaan dalam hatinya berbanding
seorang perempuan. Semoga keesokan hari aku, aku akan memulakan hari-hariku dengan lebih baik berbanding hari-hari sebelum ini.
Krek ! !
Pintu bilik dikuak
oleh ibu aku, ibunya amat terkejut dengan keadaan bilik yang..
kerjasama:
sayangiilahi & qudwahquratulaini
Sunday, January 19, 2014
Ceritakan Bahagia Duka (1)
1/19/2014
Aku melepaskan handfon ke lantai. Aku tak mampu untuk mengawal perasaanku ketika itu. Aku tak mampu menahan sakit hiba rasa hati apabila dia mula memberi kata terakhir pada aku. Aku tertunduk terduduk diam dan kaku. Perlahan-lahan air mataku mula menitis sedikit demi sedikit. Aku tak menyangka akan hal sedemikian berlaku pada aku. Aku mengenalinya hampir 10 tahun. Namun hari ini adalah hari terakhir aku mengenalinya. Orang yang aku sayang kini akan bergelar isteri pada bakal suaminya.Aku hiba, aku sakit. Semuanya aku rasa.
Tok ! tok ! Tok ! pintu bilik aku diketuk.
Aku bingkas bangun sambil menyeka air mataku lalu membuka pintu. Ibuku menghulurkan sekeping surat kepadaku. Kata ibuku dari temanku. Melihat tulisan tangan nama aku itu, aku seakan akan dapat meneka siapa pengirimnya. Aku tak kira, apa pun yang akan berlaku aku harus terima. Aku membuka sampul surat itu dengan harapan agar itu adalah surat dari dia buat aku yang dia akan membatalkan semua pernikahannya. Namun aku tunduk sekali lagi. Aku silap meneka tentang hal itu.
Aku menangis lagi, tak mampu lagi tahan air mata yang membasahi kelopak mata aku. Aku silap, rupanya surat itu adalah sekeping kad jemputan hari persandingannya. Melihat nama mereka berdua diatas kad tersebut. Aku lantas merenyuk kad tersebut. Aku membelek sampul tersebut. Aku temukan sekeping surat kecil. Aku terus membacanya.
Assalammualaikum wbt sayangiilahi...
Saya minta maaf akan apa yang telah terjadi antara kita. Saya pun tidak menyangka akan hal sedemikian akan berlaku pada kita. Saya terpaksa menuruti kata keluarga saya yang beria-ria inginkan saya berkahwin denganya. Saya tak mampu lagi tolak melihat harapan mereka yang besar buat saya. Saya harap awak faham akan keadaan diri saya. Anggap la kita memang tiada jodoh. Saya harap awak akan datang di hari persandingan saya. Mungkin dengan melihat awak nanti disitu. Saya masih lagi mampu tersenyum. Kita masih boleh berkawan kan? Apepun awak juga tetap dalam hati saya sebagai insan yang paling rapat dengan saya hampir 10 tahun ini. Semoga awak bertemu seseorang yang lebih terbaik dari diri saya.
Salam rindu jauh dari saya...
Miza..
Miza..
Aku terdiam, aku cuba memahami akan dirinya. Bukan kehendaknya tapi kerana menuruti pilihan keluarganya. Hari demi hari berlalu, hari yang tak ingin dinanti telah berkunjung tiba. Hari ini tepat 24 november 2013 berlangsungnya pernikahannya. Ibu ayah ku telah bersiap-siap untuk pergi ke majlisnya. Namun aku masih lagi duduk termenung melihat gambar kami bersama semasa zaman sekolah dahulu.
Kenangan manis itu akan mungkinkah untuk dilupakan? Aku cuba untuk menjawab persoalan itu. Dari jauh kedengaran suara memanggil-manggil nama aku.
“Sayangiilahi, sudah siap ke belum? Kita mahu berangkat ke rumah Miza ni,” Suara ibuku yang memanggil dari luar bilik ku.
Ayah sudah menunggu di dalam kereta. Aku terus bersiap, cukup mengenakan kemeja biru laut dan seluar slack hitam. Aku bergegas menuju ke garaj kereta apabila aku melihat ibu dan ayah sudah sedia menanti aku di situ.
Semasa di dalam perjalanan, hatiku terus menerus menahan sebak. Menahan rasa apa yang bakal aku lihat nanti. Aku menahan dan kuat kan diri aku agar aku tidak menangis di depan ibu bapaku dan juga tidak akan menangis di majlisnya nanti.
Setibanya aku dirumahnya, aku begitu berat ingin melangkah kan kakiku untuk masuk dalam satu tempat yang bagi aku membawa seribu duka. Namun aku merelakan jua agar ibu bapaku senang mengetahui teman baikku akan bersanding sebentar lagi dengan lelaki idamannya tanpa mengetahui itu adalah kehendak keluarganya.Aku dan keluargaku mendekati khemah yang telah dihias cantik bertemakan hijau putih.
Aku teringat akan katanya dahulu. "Awak, jika suatu masa kita bersama dijinang pelamin, saya nak tema hijau putih"
Aku menahan sebak. Aku tersenyum duka agar air mataku tidak menitis di majlis yang sememangnya adalah majlis yang bahagia. Aku dan keluargaku masuk ke rumahnya lalu bersalaman dengan keluarga Miza. Begitu aku bersalaman dan berpura-pura seperti tiada apa yang aku simpankan. Aku berasakan diriku seperti orang asing.
Mataku mula melilau ke segenap ruang di rumah Miza. Kelihatan ramai orang yang berkunjung. Sanak- saudara dan jiran tetangga. Aku masih terintai-intai mencari dimana keberadaan Miza sekarang ini. Ibu Miza yang melihat aku seperti orang yang mencari-cari menyapa aku, “Sayangiilahi cari siapa tu? “
Aku membalasnya, “tak cari sesiapa makcik. Saja tengok tetamu yang datang ke majlis Miza ni. Mana tahu saya jumpa dengan kawan-kawan Miza. Kawan Miza kawan saya juga.”
Ibu Miza tahu aku dan Miza adalah kawan rapat dari dulu. Ayah Miza menyuruh aku dan keluargaku menjamu sedikit hidangan yang disediakan di khemah. Semasa pergi ke khemah, aku terlihat mahligai mereka, pelamin mereka yang cantik sangat. Bertemakan hijau dan putih. Aku mengambil sedikit nasi dan lauk yang disediakan. Ibu bapa aku mula berasa hairan denganku. Kebiasaanya aku akan makan begitu banyak sekali di majlis-majlis sebergini. Namun hari ini aku hanya makan sekadar menyedapkan hati keluarga Miza. Tiga suapan aku sudah tidak ada selera untuk menikmati kelazatan lauk-pauk yang terhidang. Lalu aku bingkas bangun dari tempat dudukku untuk membasuh tangan. Ketika membasuh tanganku, Dari jauh aku kedengaran bunyi kompang. Hatiku tambah berdebar-debar.
Gelisah tidak tentu arah hati aku ketika tu. Mampu ke aku untuk melihat wajah yang pernah jadi milik aku dulu. Yang pernah aku sayang dalam hati aku namun kini dimilik oleh orang lain. Alunan kompang semakain kuat. Bermakna semakin dekat ketibaan mempelai itu. Aku seolah-olah berada dalam alam lain. Hanya ada diri aku dan dua pasangan itu. Semakin dekat mereka menuju ke arah aku.
“Sayangiilahi, kamu ni dah kenapa ibu tengok macam dah tersampuk saja, kamu tenungkan apa ? Miza dah masuk ke dalam tu. Pergi jumpa dia. Sebelum tu ibu rasa, ibu macam kenal siapa suami Miza tu. Macam kawan kamu masa kamu sekolah dulu. Tapi tak tahu la kalau ibu salah orang.”
‘Itu sudah sememangnya ibu, suami Miza tu adalah rakan sekelas saya dahulu,’ aku hanya menjawab dalam hati.
Rayyan azmi. Dia memang seorang yang mempunyai cita-cita yang tinggi, keluarganya mampu memliki apa sahaja, ilmu agama penuh di dada, sehingga di lantik menjadi ketua pelajar pada zaman persekolahan aku pada ketika itu. Aku macam tak sangka, Rayyan Azmi adalah pilihan keluarga Miza
Aku gagahkan langkah kaki ku untuk mendekati pasangan mempelai itu. Aku mengangkat wajah ku untuk melihat pasangan itu. Cantik. Sepasang mataku tertumpu pada seorang wanita yang pernah mengetuk pintu hati aku pada suatu ketika dahulu.
‘Sepatutnya saya yang ada disebelah awak sekarang. Bukan dia,’bisik hatiku
“Tahniah Rayyan, Miza,”
“Thanks bro. Datang jugak kau. Miza ni selalu cerita pasal kau. Dalam banyak-banyak kawan dia, kau jela yang selalu dia cerita kat aku. Jelous aku dengan kau. Then, kau nak tahu, aku tak sangka Miza ni pilihan keluarga aku. Seriously, aku betul-betul tak sangka, setahu aku dulu dia nie rapat dengan kau. By the way, thanks bro jagakan Miza untuk aku.”
‘Bukan untuk kau, tapi aku Rayyan.’ Aku bermonolog lagi.
Aku hanya mampu tersenyum hambar. Hati aku semakin sakit.
“Okey you all, aku kena terpaksa gerak sekarang, ada hal kat luar,” Aku terus bersalaman dengan Rayyan dan berlalu tanpa memandang Miza. Semakin aku melihat kemesraan Rayyan dan Miza dihadapan ku. Hati aku semakin sakit.
Aku berjalan mendekati ibu dan memberitahu aku pulang menaiki teksi. Aku memberitahu ibu yang aku ada urusan di luar. Aku terus bersalaman dengan ibu dan ayah ku dan mempercepatkan langkah kakiku dan terus keluar dari halaman rumah milik Miza. Memang sepatutnya aku tidak perlu ke majlis itu. Semuanya itu akan terus menerus menyakiti hati ku.
Aku menahan teksi yng lalu di taman perumahan Miza.
“Hutan Bandar pakcik,” pinta ku selepas aku memboloskan diri ke dalam teksi.
Aku terus menyandarkan tubuhku di tempat duduk belakang pemandu teksi. Aku cuba mencari ketenangan, aku pejamkan mataku.
“Awak, cantik tak daun ni?”
“Daun apa ni. Unik,”
“Ini nama dia daun itik. Cantikkan?”
“Ha’ah, cantik. Nama saintifik dia trevesia burckii kan?”
“Pandai awak. Nah ambil sebelah. Yang lagi sebelah ni saya simpan. Nanti bila kita khawin, saya tak nak hadiah lain selain daun itik ni. Anggap sebelah ni hati awak saya simpan, and sebelah yang awak pegang tu hati saya,”
“Dik, dah sampai Hutan Bandar ni,” Teguran pakcik teksi itu membantutkan lamunan ku tentang peristiwa antara aku dan Miza dahulu.
Aku beri pakcik teksi tu not 50 dan terus keluar dari perut teksi itu.
“Dik, banyak sangat ni,” agak jerit sedikit pakcik taksi itu kerana aku sudah agak jauh dari kereta miliknya.
“Takpe pakcik, baki yer buat pakcik belanja.Aassalamua’alaikum pakcik,” sempat aku mengangkat tangan kea rah pakcik teksi itu.
Aku berjalan perlahan hingga sampai ke tasik. Memang hasrat ku ingin membawa isteri ku ke sini bila aku sudah berkhawin. Tapi sekarang tak kesampaian. Miza bukan jodoh untuk ku. Dia juga bukan isteri ku.
Trevesia Burckii , hadiah itu lha yang aku beri kepada Miza tadi. Aku kembalikan semula hati dia. Aku tak boleh miliki lagi daun itu. Hampir 10 tahun aku simpan daun itu.
Tiba-tiba, handfon ku berdering, nama ibu tertera pada skrin handfon.
“Wa’alaikumussalam ibu, kenapa ibu?” kedengaran suara ibu cemas.
“Ha! ! kenapa dengan ayah?”
kerjasama:
sayangiilahi & qudwahquratulaini
sayangiilahi & qudwahquratulaini
Subscribe to:
Posts (Atom)