Tuesday, October 11, 2011
✿~ Selamat Bercinta Sampai ke SYURGA ~✿
Rasulullah SAW pun selalu bersenda gurau dengan Saidatina Aisyah.
Kata hadis Nabi SAW yang ringkas dalam pencarian pasangan yang sepadan dengan anda:
"..sehingga kamu dapat tertawa dengannya dan ia tertawa denganmu.."
( HR Muttafaqun 'Alaih )
p/s : Cubit mesra pipi si isteri, dapat pahala. Cubit mesra pipi si suami, dapat pahala. Berpahala, membawa ke SYURGA..(✿◠‿◠)
♥ Bertemumu satu ketentuan
♥ Bersamamu satu keindahan
♥ Merinduimu satu kemestian
♥ Mencintaimu satu keperluan
♥ Melindungimu tanpa kesudahan
♥ Membimbingmu dipertanggungjawabkan
♥ Membahagiakan dirimu dunia & akhirat satu impian...
TERIMA KASIH KERANA SENTIASA ADA UNTUK DIRIKU...
“Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum
♥~♥ 10 NASIHAT UNTUK ORANG YANG BERCINTA ♥~♥
1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.
2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja. Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.
3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.
4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.
5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.
6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.
7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.
8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.
9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.
10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.
✿~ Selamat Bercinta Sampai ke SYURGA ~✿
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments on "✿~ Selamat Bercinta Sampai ke SYURGA ~✿"
Post a Comment