My Photo
أحمد نابيهان
Pasir Gudang, Johor, Malaysia
.:: السلام عليکم ي اخي ي اخثي.. سلام زيارە انا اوچڤکن دان سلام اخوه فيلله ابدن اباد بوات صحابة سموا ::.
View my complete profile

Sunday, January 19, 2014

Ceritakan Bahagia Duka (1)


1/19/2014
Aku melepaskan handfon ke lantai. Aku tak mampu untuk mengawal perasaanku ketika itu. Aku tak mampu menahan sakit hiba rasa hati apabila dia mula memberi kata terakhir pada aku. Aku tertunduk terduduk diam dan kaku. Perlahan-lahan air mataku mula menitis sedikit demi sedikit. Aku tak menyangka akan hal sedemikian berlaku pada aku. Aku mengenalinya hampir 10 tahun. Namun hari ini adalah hari terakhir aku mengenalinya. Orang yang aku sayang kini akan bergelar isteri pada bakal suaminya.Aku hiba, aku sakit. Semuanya aku rasa.

Tok ! tok ! Tok ! pintu bilik aku diketuk.

Aku bingkas bangun sambil menyeka air mataku lalu membuka pintu. Ibuku menghulurkan sekeping surat kepadaku. Kata ibuku dari temanku. Melihat tulisan tangan nama aku itu, aku seakan akan dapat meneka siapa pengirimnya. Aku tak kira, apa pun yang akan berlaku aku harus terima. Aku membuka sampul surat itu dengan harapan agar itu adalah surat dari dia buat aku yang dia akan membatalkan semua pernikahannya. Namun aku tunduk sekali lagi. Aku silap meneka tentang hal itu.

Aku menangis lagi, tak mampu lagi tahan air mata yang membasahi kelopak mata aku. Aku silap, rupanya surat itu adalah sekeping kad jemputan hari persandingannya. Melihat nama mereka berdua diatas kad tersebut. Aku lantas merenyuk kad tersebut. Aku membelek sampul tersebut. Aku temukan sekeping surat kecil. Aku terus membacanya.

Assalammualaikum wbt sayangiilahi...
 Saya minta maaf akan apa yang telah terjadi antara kita. Saya pun tidak menyangka akan hal sedemikian akan berlaku pada kita. Saya terpaksa menuruti kata keluarga saya yang beria-ria inginkan saya berkahwin denganya. Saya tak mampu lagi tolak melihat harapan mereka yang besar buat saya. Saya harap awak faham akan keadaan diri saya. Anggap la kita memang tiada jodoh. Saya harap awak akan datang di hari persandingan saya. Mungkin dengan melihat awak nanti disitu. Saya masih lagi mampu tersenyum. Kita masih boleh berkawan kan? Apepun awak juga tetap dalam hati saya sebagai insan yang paling rapat dengan saya hampir 10 tahun ini. Semoga awak bertemu seseorang yang lebih terbaik dari diri saya.
Salam rindu jauh dari saya...
Miza..

Aku terdiam, aku cuba memahami akan dirinya. Bukan kehendaknya tapi kerana menuruti pilihan keluarganya. Hari demi hari berlalu, hari yang tak ingin dinanti telah berkunjung tiba. Hari ini tepat 24 november 2013 berlangsungnya pernikahannya. Ibu ayah ku telah bersiap-siap untuk pergi ke majlisnya. Namun aku masih lagi duduk termenung melihat gambar kami bersama semasa zaman sekolah dahulu.

Kenangan manis itu akan mungkinkah untuk dilupakan? Aku cuba untuk menjawab persoalan itu. Dari jauh kedengaran suara memanggil-manggil nama aku.

“Sayangiilahi, sudah siap ke belum? Kita mahu berangkat ke rumah Miza ni,” Suara ibuku yang memanggil dari luar bilik ku.

Ayah sudah menunggu di dalam kereta. Aku terus bersiap, cukup mengenakan kemeja biru laut dan seluar slack hitam. Aku bergegas menuju ke garaj kereta apabila aku melihat ibu dan ayah sudah sedia menanti aku di situ.

Semasa di dalam perjalanan, hatiku terus menerus menahan sebak. Menahan rasa apa yang bakal aku lihat nanti. Aku menahan dan kuat kan diri aku agar aku tidak menangis di depan ibu bapaku dan juga tidak akan menangis di majlisnya nanti.

Setibanya aku dirumahnya, aku begitu berat ingin melangkah kan kakiku untuk masuk dalam satu tempat yang bagi aku membawa seribu duka. Namun aku merelakan jua agar ibu bapaku senang mengetahui teman baikku akan bersanding sebentar lagi dengan lelaki idamannya tanpa mengetahui itu adalah kehendak keluarganya.Aku dan keluargaku mendekati khemah yang telah dihias cantik bertemakan hijau putih.
Aku teringat akan katanya dahulu. "Awak, jika suatu masa kita bersama dijinang pelamin, saya nak tema hijau putih"

Aku menahan sebak. Aku tersenyum duka agar air mataku tidak menitis di majlis yang sememangnya adalah majlis yang bahagia. Aku dan keluargaku masuk ke rumahnya lalu bersalaman dengan keluarga Miza. Begitu aku bersalaman dan berpura-pura seperti tiada apa yang aku simpankan. Aku berasakan diriku seperti orang asing.

Mataku mula melilau ke segenap ruang di rumah Miza. Kelihatan ramai orang yang berkunjung.  Sanak- saudara dan jiran tetangga. Aku masih terintai-intai mencari dimana keberadaan Miza sekarang ini. Ibu Miza yang melihat aku seperti orang yang mencari-cari menyapa aku, “Sayangiilahi cari siapa tu? “

Aku membalasnya, “tak cari sesiapa makcik. Saja tengok tetamu yang datang ke majlis Miza ni. Mana tahu saya jumpa dengan kawan-kawan Miza. Kawan Miza kawan saya juga.”

Ibu Miza tahu aku dan Miza adalah kawan rapat dari dulu. Ayah Miza menyuruh aku dan keluargaku menjamu sedikit hidangan yang disediakan di khemah. Semasa pergi ke khemah, aku terlihat mahligai mereka, pelamin mereka yang cantik sangat. Bertemakan hijau dan putih. Aku mengambil sedikit nasi dan lauk yang disediakan. Ibu bapa aku mula berasa hairan denganku. Kebiasaanya aku akan makan begitu banyak sekali di majlis-majlis sebergini. Namun hari ini aku hanya makan sekadar menyedapkan hati keluarga Miza. Tiga suapan aku sudah tidak ada selera untuk menikmati kelazatan lauk-pauk yang terhidang. Lalu aku bingkas bangun dari tempat dudukku untuk membasuh tangan. Ketika membasuh tanganku, Dari jauh aku kedengaran bunyi kompang. Hatiku tambah berdebar-debar.

Gelisah tidak tentu arah hati aku ketika tu. Mampu ke aku untuk melihat wajah yang pernah jadi milik aku dulu. Yang pernah aku sayang dalam hati aku namun kini dimilik oleh orang lain. Alunan kompang semakain kuat. Bermakna semakin dekat ketibaan mempelai itu. Aku seolah-olah berada dalam alam lain. Hanya ada diri aku dan dua pasangan itu. Semakin dekat mereka menuju ke arah aku.

“Sayangiilahi, kamu ni dah kenapa ibu tengok macam dah tersampuk saja, kamu tenungkan apa ? Miza dah masuk ke dalam tu. Pergi jumpa dia. Sebelum tu ibu rasa, ibu macam kenal siapa suami Miza tu. Macam kawan kamu masa kamu sekolah dulu. Tapi tak tahu la kalau ibu salah orang.”

‘Itu sudah sememangnya ibu, suami Miza tu adalah rakan sekelas saya dahulu,’ aku hanya menjawab dalam hati.

Rayyan azmi. Dia memang seorang yang mempunyai cita-cita yang tinggi, keluarganya mampu memliki apa sahaja, ilmu agama penuh di dada, sehingga di lantik menjadi ketua pelajar pada zaman persekolahan aku pada ketika itu. Aku macam tak sangka, Rayyan Azmi adalah pilihan keluarga Miza

Aku gagahkan langkah kaki ku untuk mendekati pasangan mempelai itu. Aku mengangkat wajah ku untuk melihat pasangan itu. Cantik. Sepasang mataku tertumpu pada seorang wanita yang pernah mengetuk pintu hati aku pada suatu ketika dahulu.

‘Sepatutnya saya yang ada disebelah awak sekarang. Bukan dia,’bisik hatiku

“Tahniah Rayyan, Miza,”

“Thanks bro. Datang jugak kau. Miza ni selalu cerita pasal kau. Dalam banyak-banyak kawan dia, kau jela yang selalu dia cerita kat aku. Jelous aku dengan kau. Then, kau nak tahu, aku tak sangka Miza ni pilihan keluarga aku. Seriously, aku betul-betul tak sangka, setahu aku dulu dia nie rapat dengan kau. By the way, thanks bro jagakan Miza untuk aku.”

‘Bukan untuk kau, tapi aku Rayyan.’ Aku bermonolog lagi.
Aku hanya mampu tersenyum hambar. Hati aku semakin sakit.

“Okey you all, aku kena terpaksa gerak sekarang, ada hal kat luar,” Aku terus bersalaman dengan Rayyan dan berlalu tanpa memandang Miza. Semakin aku melihat kemesraan Rayyan dan Miza dihadapan ku. Hati aku semakin sakit.

Aku berjalan mendekati ibu dan memberitahu aku pulang menaiki teksi. Aku memberitahu ibu yang aku ada urusan di luar. Aku terus bersalaman dengan ibu dan ayah ku dan mempercepatkan langkah kakiku dan terus keluar dari halaman rumah milik Miza. Memang sepatutnya aku tidak perlu ke majlis itu. Semuanya itu akan terus menerus menyakiti hati ku.

Aku menahan teksi yng lalu di taman perumahan Miza.

“Hutan Bandar pakcik,” pinta ku selepas aku memboloskan diri ke dalam teksi.
Aku terus menyandarkan tubuhku di tempat duduk belakang pemandu teksi. Aku cuba mencari ketenangan, aku pejamkan mataku.

“Awak, cantik tak daun ni?”
“Daun apa ni. Unik,”
“Ini nama dia daun itik. Cantikkan?”
“Ha’ah, cantik. Nama saintifik dia trevesia burckii kan?”
“Pandai awak. Nah ambil sebelah. Yang lagi sebelah ni saya simpan. Nanti bila kita khawin, saya tak nak hadiah lain selain daun itik ni. Anggap sebelah ni hati awak saya simpan, and sebelah yang awak pegang tu hati saya,

“Dik, dah sampai Hutan Bandar ni,” Teguran pakcik teksi itu membantutkan lamunan ku tentang peristiwa antara aku dan Miza dahulu.

Aku beri pakcik teksi tu not 50 dan terus keluar dari perut teksi itu.

“Dik, banyak sangat ni,” agak jerit sedikit pakcik taksi itu kerana aku sudah agak jauh dari kereta miliknya.

“Takpe pakcik, baki yer buat pakcik belanja.Aassalamua’alaikum pakcik,” sempat aku mengangkat tangan kea rah pakcik teksi itu.

Aku berjalan perlahan hingga sampai ke tasik. Memang hasrat ku ingin membawa isteri ku ke sini bila aku sudah berkhawin. Tapi sekarang tak kesampaian. Miza bukan jodoh untuk ku. Dia juga bukan isteri ku.

Trevesia Burckii , hadiah itu lha yang aku beri kepada Miza tadi. Aku kembalikan semula hati dia. Aku tak boleh miliki lagi daun itu. Hampir 10 tahun aku simpan daun itu.
Tiba-tiba, handfon ku berdering, nama ibu tertera pada skrin handfon.

“Wa’alaikumussalam ibu, kenapa ibu?” kedengaran suara ibu cemas.
“Ha! ! kenapa dengan ayah?”


 kerjasama:                 
sayangiilahi & 
qudwahquratulaini

2 comments on "Ceritakan Bahagia Duka (1)"

Kyri eryka' on February 23, 2014 at 7:12 PM said...

true story??? is it?? hmm just wondering..

Hyun Chen on March 20, 2014 at 1:08 AM said...

Sedih Nya :( Cerita Betul Ka ?

 

~~ֆǟʏǟռɢiiʟǟɦi~~ © 2011 All Rights Reserved ǟʟ ɦubbuʟ iʟǟɦi Designed by أحمد نابيهان