07 / 04 / 2013
سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم
:) senyum dahulu sebelum bercerita,
Nak aku bagitahu, mengenal hati tak sama engkau mengenali manusia. Hati itu terdalam letaknya. Hati tu rapuh, mudah tersentuh, kekadang ia pun mudah terluka. Sekali engkau duduki, seribu kali dia mengenal kau ada di dalam hatinya. Sekali engkau pergi, seribu kali dia mengenal kau adalah yang paling kejam buatnya.
Bermacam cara manusia untuk mengambil hati yang dia sukai. Ada sesetengah begitu serius, ade juga yang tak bertanggungjawab sekadar bermain-main. Tapi jangan kau salahkan mereka jika hati kau sendiri kau tak boleh jaga.
Jangan jadi macam aku yang kehilangan hati kerana adanya seseorang. Dulu langkah aku silap kerana mengenal hatinya tanpa mengenal manusianya. Setelah dia pergi aku menyangka dia yang paling kejam. Orang cakap nasi dah jadi bubur, aku nak buat apa pun tak guna lagi.
Buat kekawan aku, aku bukan lelaki yang romantik ke, peramah dan lain lain lagi tu. Aku lelaki biasa yang mempunyai nafsu untuk ada seorang perempuan bersama aku. Aku nak beritahu, mengenali seseorang itu tidak mudah, memerlukan ketabahan. Kau harus tahu risiko yang akan kau hadapi. Orang lain selalu cakap, kawan jek tak ape. Ha'ah tak apa, tapi bila kau bertali arus antara laki dengan perempuan. TAK WAJAR langsung kalau kau cakap tak apa. sebab dalam diam pasti perasaan yang dinamakan fitrah itu akan timbul dalam hatinya.
Kau cakap tak apa lagi sebab kau boleh jaga batas batas. Kalau benar kau menjaga batas kau, kau tak akan mengenalinya jika hanya untuk bersuka suka. Aku jumpa seorang teman di facebook yang boleh jek dirinya tidak harus mengenali lelaki, eh, kalau dia perempuan boleh lelaki pon boleh. Tapi kau tak nak lakukan. Sebab kau rase tak seronok bila tak ada perempuan yang akan comment atau like status kau.
"eh, apa barang laki ngan laki, macam gay jek" dengar ni, tak ada istilah macam gitu, bukannya kau buat apa apa pon. Buat apa nak rasa salahkan diri jika yang kita duduk itu adelah benar. Pemikiran kolot jek yang akan cakap "wah, nak taw x kawan2,, semalm kawn kte ni dating dgn pompuan bawh pokok ceri, sweet gilew" aku rase loye ok.
Ada juga yang cakap, sekadar mengeratkan silatuhrahim, tapi kenapa perlu lelaki dan perempuan jika lelaki sesama jenis pon tak terUtama kan dahulu. Nafsu apa yang kau simpan sekarang? Jangan!, serupa engkau ingin mengenal hatinya bukan manusianya. Jika engkau mengenal manusianya, engkau akan melihatnya dari jauh. Itu pun sudah memandai, dari engkau berdua mesra dengannya sampai membawa ke hati, engkau sendiri yang akan minta simpati bila dia pergi kerana sedar apa yang kau buat sekadar meminta hatinya.
Sedarlah, apa yang kau lakukan tidak mendatangkan apa apa kebaikan pun buat kau. Malah engkau dipandang buruk orang segelintir masyarakat. Bermanja manja walaupun dalam comment facebook. sudah cukup buat orang yang lain membacanya menyampah. Mungkin engkau rase seronok tidak untuk orang lain. Selalu dengar orang kata, diri kita, kita dapat menilai berapa peratus sahaja, selebihnya orang lain yang akan menilai, Tidak termasok Allah azza wajalla lagi tu. Kecil sangat diri kau, Hina sangat diri aku. Tapi aku manusia macam kau jugak, siapa aku nak judge2 korang, Tapi korang pon da besar dah boleh tahu yang baik buruk.
Aku takut kawan kawan aku kecewa sebab bende yang tak patut macam ni, Taknak ke kau suatu hari nanti, bila kau dapat isteri atau suami adelah calon yang fresh, yang tak pernah terlibat dalam semua perkara ini. Untung gilew kot, cuba bayangkan. Kalau dari hari ini pun kau da mengenalinya, tak mustahil taw, bila kau ada isteri atau suami nanti, kau akan membeza bezakan, contohnya "eh, dulu sayangiilahi ni lagi romantik dari suami aku ni" kesiannya kau kan. Mase tu nak salahkan pun tak guna, kerana masyarakat hari ni tak sama dengan dahulu. Macam satu virus yang jangkit berjangkit. Eh, korang jangan lah risau, banyak lagi manusia yang baik baik kat dunia ni. Allah simpan dia, taknak bagi korang mengenali dia, yela, sebab tak nak dia pun terikut sama macam kau, Allah sayang dia tu, ha ! jangan pulak akap Allah tak sayang kau. Dia bagi ujian tu sebenanye buat kau, tapi kau tak pernah hargai ujian tu. sayangnya. mcm aku lah.. hmmm..
Tak apela, yang lepas kita biarkan berlalu, apa kata kita ambil langkah baru, dalam mengejar ilmu, untuk kita semua kembali dalam mengenal sesuatu yang baru. Berhidupkan diri dalam tarbiyah sehari hari, pasti tenang menjemput hati, insyaallah, Allah yang menemukan kita dengan seseorang yang baru dengan usaha kita perbaiki diri dalam mencari redha yang satu. Usaha menjadi yang baik kerana yang baik itu untuk yang baik. Nikmat Allah dimana mana,. kita manusia perlu usaha mencapainya.
Wallahu'alam,
sayangiilahi hari ni pening sikit, apa dia taip pon hemtam jek :D
"die slalu ckp kt sy yg die cume anggap awk kwn je.
tak lbih dr tu.
n die ckp die bkn nye nk bagi hrapan pun kt awk.
slame ni di cume nk bkawan je.
takde niat laen pun.
tp awk jgn pkr die maenkn prasaan awk plak.
jgn slah phm.
time tu die mmg suke nk bkwan ngn sume org." dengan kata kata ni aku sudah cukup terasa, ""huh ==" (sy kna ckp jgk:)
awk tk b**** lh
just ske bwt kje yg tk bmnnfaat jk
sy aggp awk kwn sy
tk lbih
... maafkan sy
ape yg awk tulis
bwt sy rse beslh sgt,berdose
awk nk sy jwb
now sy dh jwb
sy tk nk awk letk hrpn yg tggi kt sy
Maafkan Saya~ awak "
dengan kata kata ni hati aku sudah cukup kecewa.
jangan jadi macam aku, menyesal pun tak ade guna, ni yang silap dalam mengenal hati tanpa mengenal dirinya..
cerita lama tak perlu diungkit lagi, kenangan yang diberi buat pengajaran diri, aku sayang kawan kawan aku, tak nak diri korang pun menjadi seperti ni... :)
dengan kata kata ni hati aku sudah cukup kecewa.
jangan jadi macam aku, menyesal pun tak ade guna, ni yang silap dalam mengenal hati tanpa mengenal dirinya..
cerita lama tak perlu diungkit lagi, kenangan yang diberi buat pengajaran diri, aku sayang kawan kawan aku, tak nak diri korang pun menjadi seperti ni... :)
0 comments on "Hati atau Diri ? "
Post a Comment